spoon

Recent Recipes

Program makan-makan dengan Big-Big Boss

Comments (0) | Monday, May 11, 2015

Alhamdulillah, dapat bernetworking dengan Big-Big Boss lak. Mulanya tu rasa macam kecik je kita nie tapi bila lihat mesranya diaorang layan kita, terus takde rasa segan2 lagi. Terima kasih berbanyak pada Terlaghi-laghi cafe kat town Ipoh, makan sedap-sedap, orang baik-baik..Insya-allah Terima Kasih semua..

p/s : abis sebakul pekasam dari Bagan Datoh erm.. :)



Read More......

Promosi..Promosi..Promosi...

Comments (0) | Wednesday, May 6, 2015

Herm ..untung orang SELANGOR...!

Hari ini, dua belah kaki ni dah sampai ke Negeri Selangor. Program sehari di Anggerik Mall Shah Alam memang mengujakan. Tq pada puan Raja Yasmin ( Organiser ) atas jemputan ini dan Pengarah Mara Selangor yang memberi ruang untuk usahawan membuat promosi.


Promosi kali ini akak buat lain dari yang lain. Untuk setiap pembelian pekasam 3 peket PERCUMA hadiah misteri dari akak...hihihihihihi.

Alhamdulillah, dari Bagan Datoh, Perak ke Shah Alam 2 kotak selamat......
\



Read More......

Tagline Nama

Comments (0) |

Tq en Fauzi designkan tag name yang gedabak besornya :). Bole pakai masa nak menjual nanti ..yeay..!


Read More......

First Time Order Online

Comments (0) |

Dapat call dari Puan Ummu. Katanya ak order Ikan Pekasam 10kg. Dalam hati  terpikir...betul ke Puan nie...sebab biasa akak jual sepeket demi sepeket je, ini kali 10kg. Dah kasi harga dan no akaun, memang tak sangka-sangka Puan Ummu dah bankin kan bayaran ikan pekasam..

Alamak nak bungkus lak cam ner...mau kotak jugak ni. Habis tu nak Post lak..adui...mana nak reti nie.. Esok pagi dah siap packing, akak ke Pos Laju. Timbang punya timbang, caj RM60.90.. Mak aiii..mana ada untung ni, sapa nak cover kos ni.

Call Puan Ummu. Bagitau kata kos pos kena RM 60.90. Nak tahu puan tu kata apa? "Ok takpa, saya beli saya bayarkan kos postnya. Alhamdulillah..lapang dada rasanya. Tidak penat la akak buat sebulan , pos pada customer, dapat hasil ciput. Lebih baik jual sepeket -sepeket lagi baik.

Tak tau nak cakap apa, ini kali pertama pengalaman mendapat order dari online. Tq puan Ummu dan keluarga dari PONTIAN JOHOR... :)





Read More......

Pelancaran PROPER A

Comments (0) |

Alhamdulillah.... 28hb Mac tarikh yang amat bermakna kerana segala usaha diperah untuk merealisasikan apa yang akak usahakan selama ini.Sememangnya tak tergambar dengan kata-kata dan tak pernah terfikir bergambar dapat masuk surat khabar lak...tetiba rasa macam glamour :)


Insya-allah , keratan akhbar ini menjadi satu pencetus untuk masa kegemilangan akak di masa depan....come 0n watie..come on watie.. :)


Read More......